6.1 Sistem Suria
1.Sistem Suria ialah nama yang diberikan kepada matahari dan semua objek yang beredar mengelilinginya.
2.Sistem Suria kita terdiri daripada :
A) Matahari
B) Planet-Planet
C) Satelit-satelit semula jadi
D) Jasad-jasad lain seperti asteroid, meteor dan komet
![]() |
A) MATAHARI
1. Matahari merupakan jasad terbesar dan jasad tunggal yang mengeluarkan cahaya dalam Sistem Suria.
2. Matahari merupakan pusat Sistem Suria. Hal ini bermakna Matahari berada di tengah-tengah Sistem Suria dan semua planet beredar mengelilinginya.
3. Planet-planet ini beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama tetapi pada laju yang berbeza.
4. Sebenarnya Matahari ialah satu-satunya bintang yang bersaiz sederhana dalam Sistem Suria. Matahari merupakan suatu bola gas yang panas.
B) PLANET-PLANET
1. Planet ialah suatu objek atau jasad besar yang beredar mengelilingi Matahari.
2. Planet tidak mengeluarkan cahaya dan haba. Planet kelihatan bercahaya kerana planet memantulkan cahaya matahari yang jatuh ke atasnya.
3. Terdapat lapan buah planet dalam sistem Suria iaitu Utarid,Zuhrah,Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun ( menurut urutan jarak dari matahari
4. Jadual yang berikut menunjukkan tempoh peredaran semua planet dalam Sistem Suria kita.

Planet
|
Jarak
dari Matahari
(juta
km)
|
Tempoh
Peredaran
planet
|
Utarid
|
58
|
88 hari
|
Zuhrah
|
108
|
225 hari
|
Bumi
|
150
|
365⅟4 hari
|
Marikh
|
230
|
687 hari
|
Musytari
|
780
|
11.9
tahun
|
Zuhal
|
1430
|
29.5
tahun
|
Uranus
|
2870
|
84 tahun
|
Neptun
|
4500
|
165
tahun
|